Jambatan Merah Depot
Laman web Jambatan Merah Depot dibangunkan untuk menonjolkan perkhidmatan penyimpanan, pembaikan, dan penyewaan kontena di Port Klang Westport, membantu pelanggan mengurus keperluan logistik dengan lebih cekap dan profesional.
Pengenalan Jambatan Merah Depot
Jambatan Merah Depot Sdn Bhd (JMD) — ahli kumpulan Taipanco — telah menjadi penyedia perkhidmatan penyimpanan, pembaikan, cucian dan sewaan kontena kosong yang dipercayai sejak tahun 1995, beroperasi di lokasi strategik di Port Klang Westports.
Dilengkapi kemudahan moden seperti lampu limpah berkuasa tinggi, pemantauan CCTV, sambungan kuasa untuk kontena sejuk beku, serta sistem kawalan inventori EDI penuh, JMD memastikan operasi yang selamat dan efisien. Terletak di kawasan dengan akses darat, rel, dan laut yang strategik, mereka komited untuk terus menambah baik perkhidmatan demi menyokong kelancaran logistik di seluruh Malaysia.
Matlamat Laman Web Klien
Laman web Jambatan Merah Depot dibangunkan untuk memaparkan perkhidmatan penyimpanan, pembaikan, dan sewaan kontena, serta menonjolkan lokasi strategik mereka di Port Klang Westports. Ia memudahkan pelanggan dan rakan logistik mengakses maklumat perkhidmatan, kemudahan, dan cara hubungi — menjadikan JMD jenama dipercayai dalam industri depot kontena Malaysia.
Sorotan Kerja
Mari Bekerjasama
Daripada gerai nasi lemak hinggalah kepada jenama-jenama besar, kami bekerjasama rapat dengan perniagaan Malaysia untuk mencipta sesuatu yang hebat bersama-sama.
